23 September 2023 (Sabtu)-Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Syarikat Quorum Software Malaysia Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan program Corporate Social Responsibility (CSR) iaitu aktiviti penanaman pokok bakau bertempat di Hutan Simpan Kapar Tambahan.
Para peserta telah diberikan taklimat keselamatan dan taklimat cara penanaman pokok bakau oleh En. Abd Halim bin Md Yassin, Pen. Pegawai Hutan, Pejabat Renj. Hutan Kuala Selangor.
Seramai 100 orang peserta telah terlibat dalam program CSR tersebut dan sebanyak 300 anak pokok Bakau minyak (Rhizophora apiculata) telah berjaya ditanam.
Disediakan oleh : Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang