'Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok' yang diterajui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Omar pada 17 Julai 2022 di Taman Botani Negara Shah Alam.

Pelancaran tersebut diadakan bersempena Bulan Koperasi Kebangsaan dan Sambutan 100 Tahun Koperasi bagi menyokong agenda Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025).

Dalam ucapannya, Noh Omar yakin hasrat penanaman sejuta pokok menjelang 2023 akan tercapai khususnya menerusi gerakan koperasi negara yang merangkumi 14,834 koperasi dengan keanggotaan 7.08 juta individu.

Beliau turut melancarkan sebuah modul pendidikan 'Sejuta Pokok, Segunung Harapan' yang dibangunkan oleh ANGKASA dan Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Modul ini akan dimanfaatkan oleh 2,460 koperasi sekolah seluruh Malaysia dengan keanggotaan kira-kira 1.97 juta anggota individu.

Sementara itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, program ini merupakan inisiatif yang menyokong hasrat Kerajaan mewujudkan suasana persekitaran semula jadi yang segar, serta memberi kesedaran bahawa menghijaukan dan memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.

Beliau juga mengajak pihak ANGKASA untuk merekodkan setiap pokok yang ditanam dalam aplikasi 'Penghijauan Malaysia' yang dibangunkan oleh KeTSA.

Sebanyak 35.69 juta pokok daripada lebih 1,000 spesies telah berjaya ditanam bawah kempen ini sehingga 16 Julai 2022 di seluruh negara.

Pencapaian kempen boleh dilihat melalui aplikasi mudah alih 'Penghijauan Malaysia' serta laman sesawang khas www.100jutapokok.gov.my.

Dengan bantuan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), 75 pokok hutan telah ditanam oleh peserta yang terdiri daripada pelajar dan sukarelawan daripada Koperasi-koperasi Sekolah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta rakan strategik ANGKASA iaitu Yayasan Hijau Malaysia (YHM) dan Institut Perubahan Iklim, UKM.

Turut hadir, Timbalan Menteri MEDAC, YB Datuk Muslimin Yahaya; Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Rusli Jaafar; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah; Penaung Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok, Puan Sri Profesor Datuk Dr Aishah Salleh; Pengarah JPNS, Dato' Ahmad Fadzil Abd Majid; dan Ketua Pegawai Eksekutif YHM, Amin Abdullah.

Sumber: Yayasan Hijau Malaysia

24 Jun 2025
PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SHAH ALAM. 

PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SHAH

Baca lagi

KEMPEN PENGHIJAUAN MALAYSIA - PROGRAM PENANAMAN POKOK OLEH POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

KEMPEN PENGHIJAUAN MALAYSIA - PROGRAM PENANAMAN POKOK OLEH POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ S

PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK (PMU) SUSTAINABLE MANEGEMENT OF PEATLA

Pada 07 November 2024, Khamis, satu program penanaman pokok telah diadakan sempena Mesyuarat Penyela

PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2024 25 April 2024, Khamis - Sat

KEMPEN TANAM POKOK BUAH-BUAHAN/ HIASAN OLEH PEJABAT DAERAH GOMBAK

Pada 26 November 2023, Bahagian Pembangunan Masyarakat, Pejabat Daerah Gombak telah melaksanakan pro

PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)- PENANAMAN POKOK BAKAU DI HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA KE

30 September 2023 (Sabtu)-Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) telah bekerjasama dengan Alumini

PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)- PENANAMAN POKOK BAKAU DI HUTAN SIMPAN KAPAR TAMBAHAN

23 September 2023 (Sabtu)-Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) dengan kerjasama Persatuan Aktiv

MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN PENUTUPAN EKSPEDISI SAINTIFIK

Pada 22 September 2023 (Jumaat), Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor d

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU DI HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA, BAGAN PASIR, TANJUNG KARANG, SELANGOR

Pada 09 September 2023 (Sabtu)-Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) telah bekerjasama dengan Gr

PROGRAM PENANAMAN POKOK OLEH SMK BUKIT RAHMAN PUTRA DENGAN KERJASAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELAN

07 September 2023 (Khamis) Program Penanaman Pokok oleh SMK Bukit Rahman Putra dengan Kerjasama Jab

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) OLEH WETLANDS INTERNATIONAL DENGAN KERJASAMA JPNS DI HUTAN SIMPAN B

Pada 26 Ogos 2023 (Sabtu)- Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) telah bekerjasama dengan Wetlan

Taburan Pokok

Statistik Pengunjung

Malaysia 80.7% Malaysia
Singapore 9.3% Singapore
Unknown 5.0% Unknown

Total:

29

Countries
0004807
Today: 4
Yesterday: 3
This Week: 37
Last Week: 27
This Month: 116
Last Month: 198
Total: 4,807