PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) OLEH WETLANDS INTERNATIONAL DENGAN KERJASAMA JPNS DI HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA
Pada 26 Ogos 2023 (Sabtu)- Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) telah bekerjasama dengan Wetlands International bagi menjalankan satu program CSR aktiviti penanaman pokok bakau bertempat di Hutan Simpan Banjar Utara.
Seramai 52 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dari Monash University dan kakitangan di bawah pentadbiran PHDPK telah terlibat dalam program CSR tersebut. Sebelum aktiviti penanaman pokok dijalankan satu taklimat keselamatan dan cara penanaman pokok bakau telah disampaikan oleh kakitangan Pen. Pegawai Hutan, Pejabat Renj. Hutan Kuala Selangor kepada para peserta. Sebanyak 300 anak pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) telah berjaya ditanam oleh para peserta pada program tersebut.
Disediakan oleh : Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang