PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)- PENANAMAN POKOK BAKAU DI HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA KERJASAMA ANTARA JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR DENGAN ALUMINIUM COMPANY OF MALAYSIA BERHAD
30 September 2023 (Sabtu)-Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) telah bekerjasama dengan Aluminium Company Of Malaysia Berhad bagi menjalankan satu program Corporate Social Responsibility (CSR) iaitu aktiviti penanaman pokok Bakau bertempat di Hutan Simpan Banjar Utara. Seramai 60 orang peserta daripada Aluminium Company Of Malaysia Berhad dan 20 orang kakitangan di bawah pentadbiran PHDPK telah terlibat dalam program CSR tersebut. Para peserta telah diberikan taklimat keselamatan dan taklimat cara penanaman pokok bakau oleh En. Abd Halim bin Md Yassin, Pen. Pegawai Hutan, Pejabat Renj. Hutan Kuala Selangor. Sebanyak 1000 anak pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) telah berjaya ditanam oleh para peserta pada program tersebut.





Disediakan oleh : Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang





















































